Tonggak Utama Hampir Pasti Tidak Dapat Beraksi

Perlawanan pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020 diantara Kedah men3ntang Pahang pada hari jumaat ini bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Jika perlawanan epik separuh akhir saingan PialaMalaysia tahun lepas menjadi bualan peminat, takdir menemukan semula dua pasukan yang pernah mencatat sejarah dengan agregat 8-8, kali ini aturan pertembungan seperti tidak sabar melihat 2 pasukan g3rgasi ini bertemu lebih awal.


Namun begitu, skuad Tok Gajah kali ini terpaksa turun tanpa kelibat tonggak import dari Filipina, Adam Reed yang belum pvlih daripada kec3deraan pangkal peha.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berharap dapat membarisi pemain terbaik selepas beberapa tonggak utama dilanda kec3deraan selain pelbagai isu seperti kontrov3rsi perpindahan bekas striker Mohamadou Sumareh.

Semua pasukan saya anggap ada kekuatan seimbang bila melibatkan saingan Piala Malaysia. Apa yang penting bagi saya hanyalah pasukan Pahang. Tumpuan saya adalah pada barisan pemain selepas macam-macam isu timbul yang mengg@nggu persiapan kita.

Jika saya dapat kesebelasan pemain terbaik saya tidak khuatir untuk bertemu Kedah, kita sudah tahu kel3mahan dan kekuatan masing-masing, katanya kepada Bernama.

Menurut Dollah, kemenangan tipis 2-1 Pahang ke atas Kedah dalam saingan Liga Super musim ini juga tidak boleh dijadukan ukuran kerana suasana saingan kalah mati adalah berbeza dan lawan pasti akan bermain mat!-mat!an.

Cuma pada malam penentuan, pasukan mana yang memberikan terbaik dan paling kurang melakukan kesilapan, kemenangan akan berpihak kepada mereka. Saya harap nasib juga akan berpihak kepada Pahang,katanya.

Pahang muncul juara Piala Malaysia empat kali dan kali terakhir menjuarainya pada edisi 2014 sementara Kedah turut memenangi Piala Malaysia sebanyak empat kali dengan kali terakhir pada musim 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *