Tolong Kasihan keluarga saya – Sumareh

KUALA LUMPUR: Segala drama melibatkan dia dengan bekas pasukannya, Pahang bukan sahaja merencatkan perjalanan karier Mohamadou Sumareh, malah ia turut memberi k3san kepada em0si keluarganya.

Bintang naturalisasi negara itu yang kini bersama kelab Thailand, Police Tero berkata, dia merayu agar isu tersebut tidak lagi diperbesarkan selain enggan menjadi tumpuan akhbar atas sebab kontroversi semata-mata.

Saya sudah muak dan penat dengan semua drama ini. Saya fikir selepas berpindah ke Thailand semuanya akan selesai tetapi perkara itu masih membayangi saya.

Saya merayu semua pihak agar jangan panjangkan lagi perkara ini, ia tidak adil buat adik-beradik saya yang bersekolah di Malaysia kerana mereka akan ditanya oleh rakan-rakan apa yang berlaku, mereka masih terlalu muda untuk memahami.

Saya hanya mahu memberi tumpuan kepada bola sepak dan semua ini boleh menganggv fokus saya. Ia bukan perkara yang saya mahukan sekarang.

Tolonglah berhenti menulis tentang isu ini kerana ia benar-benar menjejaskan mentaliti pemain, katanya kepada pemberita, semalam.

Selasa lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menggantvng pemain kelahiran Gambia tersebut dua tahun atas setiap empat kesalahan selepas dituduh melanggar terma kontrak bersama bekas majikannya itu.

Ini bukan sesuatu yang ingin saya komen, kerana saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya hanya mahu bermain bola sepak.

Bayangkan anda berada di tempat saya dan setiap hari anda perlu mendengar cerita burvk tentang diri anda di dada akhbar.

Ia bukan perasaan yang baik dan saya merayu agar ia dihentikan agar saya dapat kembali fokus pada tempat yang saya paling cintai iaitu bola sepak, ujar pemain sayap tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *