Tindakan Selangor Tak Salah

KUALA LUMPUR: Tindakan Selangor berunding dengan Mohamadou Sumareh dianggap tidak menjadi kesalahan sekiranya pemain itu benar-benar sudah menam@tkan kontrak bersama Pahang.

Ketua Pegawai Operasi Exeliq Sports Management Sdn Bhd, Faidauz Azhar berkata, bukan sahaja Selangor, malah mana-mana pasukan juga boleh berunding dengan Sumareh jika dia sudah sah berstatus ejen bebas.

Beliau turut menjelaskan mana-mana pasukan juga sebenarnya tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika mahu berunding dengan pemain yang mereka mahu ambil.

Paling penting pembat@lan k0ntrak Sumareh itu perlu kukuh (sah) dan mendapat pengesahan dari FAM dan bila kata k0ntrak dib@talkan, pemain boleh berunding dengan mana-mana pasukan tanpa hal@ngan. Cuma pasukan baru tidak boleh mendaftarkan pemain itu kerana liga masih berlangsung serta bukan dalam jendela perpindahan pemain.

Bila (Sumareh) sudah hantar surat (pembat@lan k0ntrak), dia tak perlu pergi latihan. Maksudnya klausa 8.7 sudah diaktifkan, kecuali jika dia ubah fikiran dan tarik balik surat pembat@lan k0ntrak.

“Sekiranya seseorang pemain sudah sah menjadi ejen bebas, jadi pasukan yang ingin mendapatkannya juga tidak perlu berunding dengan pasukan lama pemain itu,” kata Faidauz yang juga ejen pemain yang berdaftar dengan FAM, semalam.

Berdasarkan kenyataan FAM, pada 4 Ogos lalu, Sumareh menghantar surat pembat@lan k0ntraknya kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengikut Klausa 8.7 yang menyatakan pemain boleh membat@lkan k0ntrak jika pasukannya tidak membayar gaji lebih dari satu kali.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon juga dilaporkan berkata pihaknya tidak melakukan tind@kan t@apping up atau rundingan pintu belakang dalam usaha mendapatkan Sumareh.

Kontr0versi antara Selangor dan Sumareh muncul selepas pemilik kelab bolasepak Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan perbincangan antara FAS dan pemain Harim@u Malaya itu.

Pendedahan itu sekali gus membawa Selangor dalam episod cerita kontr0versi Sumareh selepas sebelum ini JDT dikaitkan sebagai pasukan yang akan disertai pemain Gambia itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *