Tiada pilihan lain — Aidil

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak akur dan reda dengan keputusan pembatalan saingan Piala Malaysia pada musim ini seperti yang diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pada padangan saya keputusan pembatalan Piala Malaysia yang diumumkan hari ini oleh MFL perlu dipatuhi selaras dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan kejohanan ini berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun kita berharap ia dapat diteruskan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Kita tiada pilihan selain akur dan reda serta perlu menerima berita ini dengan pandangan yang positif memandangkan pihak kerajaan kini sedang bertungkus lumus berusaha mahu menyekat pand3mik C0vid-19 terus mer3bak di Malaysia.

Saya percaya perkara ini sudah dinilai sebaik-baiknya dan termasuk pihak MFL yang sudah membuat beberapa rayuan disertakan cadangan sebelum ini namun tidak berhasil.

Akhirnya kita perlu menerima keputusan ini dengan melihat keutamaan daripada aspek k3sihatan dan kes3lamatan, katanya.

Aidil yang sudah menyatakan pendiriannya untuk kekal bersama Kedah pada musim depan mahu terus fokus melakukan perancangan awal termasuk persediaan di peringkat Piala AFC.

Saya rasa dengan keputusan ini juga kita perlu lihat terus ke depan dan mula merancang pelan yang diperlukan untuk pasukan yang akan memlulakan langkah pada musim depan.

Perancangan awal ini juga boleh menjadi agenda yang dapat dimanfaatkan oleh pihak pengurusan pasukan kerana skuad kita juga memerlukan pelan terbaik untuk melangkah ke peringkat Piala AFC pada tahun 2021.

Bagi penyokong saya rasa semua kini memahami dan menerima keputusan pembatalan ini dengan tenang dan kita perlu sama-sama doakan agar perancang skuad Kedah seterusnya akan berjalan dengan lancar dan tersusun, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *