The Professor Sertai Kelantan

KUALA LUMPUR: L3genda bola sepak negara, Nasir Yusoff diberikan kepercayaan sebagai Penasihat Teknikal Kelantan FC, berkuatkuasa semalam, umum pemilik kelab berkenaan, Norizam Tukiman.

Beliau menyifatkan kehadiran Nasir yang sebelum ini sudah mendakap kejuaraan Piala Malaysia pada 1985 dan 1991 ketika menyarung jersi Johor sejak dari tahun 1981 hingga 1994, bagaikan jauhari mengenal manikam.

Norizam yang turut membawa Nasir bersama Kelantan FC menjalani persiapan awal menghadapi Piala Malaysia di The Taaras Beach & Spa Resorts Pulau Redang, Terengganu minggu lalu percaya pelantikan The Professor sebagai Penasihat Teknikal Kelantan FC mampu mengembalikan motivasi dan keyakinan pasukannya pada masa akan datang.

Saya percaya kehadiran l3genda yang lebih dikenali The Professor ini secara tidak langsung akan memberikan svntikan moral kepada Kelantan FC. Nama Nasir bukan satu perkara asing dalam dunia bola sepak tempatan dan sudah pasti kami mengalu-alukan kedatangannya.

Saya yakin dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki Nasir akan memberikan satu input kepada pasukan Kelantan FC untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Saya memilih The Taaras Beach & Spa Resorts bukan semata-mata sebagai salah satu pulau tercantik di dunia tetapi lebih kepada menaikkan kembali semangat barisan pemain Kelantan, katanya.

Musim ini boleh dikatakan tahun sukar buat kami tetapi syukur Alhamdulillah Kelantan masih berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia selepas menduduki tangga keempat Liga Perdana.

Ini juga satu motivasi kepada pemain-pemain selepas apa yang terjadi berkenaan isu lama yang terpalit kepada pasukan Kelantan sebelum ini.

Jadi, saya fikir pemain-pemain berhak untuk santai dan menikmati kejayaan mereka selepas bekerja keras tetapi dalam masa yang sama, saya mahu pemain sentiasa berada keadaan bersedia,” katanya.

Kelantan FC menduduki tangga keempat Liga Perdana musim ini selepas meraih 18 mata menerusi 11 perlawanan. Saingan Piala Malasia bermula 6 November ini dengan undian pada 1 November.

Dalam pada itu Nasir berasa bangga kerana diberikan penghormatan menjadi Penasihat Teknikal Kelantan FC.

Beliau meraih 86 caps bersama skuad Malaysia, bermula 1982 sehingga 1994.

Jelas Nasir, beliau akan berusaha keras dalam misi mengembalikan bola sepak Kelantan yang sebelum ini pernah diangkat sebagai pasukan g3rgasi negara dan Pantai Timur.

Saya bersyukur dan berbangga kerana diberikan kepercayaan untuk menjadi Penasihat Teknikal Kelantan FC.

Sudah pasti, kami sebagai satu pasukan akan memberikan yang terbaik dalam misi mengembalikan maruah Kelantan FC tetapi perjalanan itu tidak mudah di mana kita perlu fokus satu demi satu visi dan misi Kelantan FC, katanya.

Sementara itu, pemilik The Taaras Beach & Spa Resorts, Tan Sri Vincent Tan melahirkan penghargaan kepada Kelantan FC yang memilih resortsnya sebagai lokasi persiapan mereka.

Kami The Taaras Beach & Spa Resorts berasa teruja kerana diberikan penghormatan apabila pasukan Kelantan FC memilih lokasi ini sebagai persiapan awal mereka untuk berdepan Piala Malaysia.

Saya juga ingin mengalukan mana-mana pasukan yang berminat untuk membuat persiapan, kerana The Taaras Beach & Spa Resorts akan dibuka pada musim monsun sehingga Disember depan, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *