TFC Beli Pemain Ketujuh

Benteng skuad Terengganu FC (TFC) bertambah k3bal apabila skuad dari Pantai Timur itu mengikat seorang lagi pemain muda berusia 22 tahun, Azarul Nazarith Azhar bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bekas pemain FELDA United kelahiran Kuala Lumpur yang diikat kontrak setahun itu adalah pemain baharu ketujuh disambar skuad Penyu kendalian Nafuzi Zain.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan media TFC hari ini, pemain itu bakal mengisi posisi pertahanan kiri selain mampu beraksi di bahagian sayap.

Pemain ini melakukan 11 penampilan bersama pasukan The Fight3rs musim ini selain mendapat panggilan untuk menganggotai skuad bawah 22 tahun kebangsaan.

Apa yang kita harapkan pemain itu mampu memikul tanggungjawab di posisi berkenaan lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam kancah Piala AFC selain Liga M musim depan, menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, TFC sudah mengikat kontrak tiga pemain kelahiran Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Mohamad Hakimi Abdullah.

TFC turut menandatangani bekas pemain sayap Pahang, Faisal Abdul Halim, Muhamad Arif Mohamed Anwar (UiTM) dan bekas kapten UKM FC, Asnan Ahmad.

Kehadiran Azarul dijangka memberi saingan s3ngit kepada pemain sedia ada yang beraksi di posisi berkenaan, Arif Fadzilah Abu Bakar.