Terengganu Wajib Menang

Kuala Terengganu: Walaupun peluang untuk berada di kedudukan kedua Liga Super sudah tertutup, pemain Terengganu FC (TFC) diingatkan perlu positif dan bersemangat untuk memburu kemenangan pada aksi terakhir bertemu Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Ahad ini.

Kemenangan itu juga penting buat pasukan sebagai pemb@kar semangat sebelum beraksi dalam saingan Piala Malaysia yang bakal diadakan secara kalah mat! berikutan pand3mik C0vid-19.

Pengurus TFC, Ahmad Shahrizal Yahya berkata, kemenangan itu penting buat pasukan untuk mengintai kedudukan di tangga ketiga liga sesudah sasaran awal tidak berjaya dicapai.

Kedudukan kedua liga memang sudah tertutup sebab jika pasukan Kedah menang akan memperoleh 22 mata, jika Perak menang dapat 21 mata, jika seri pun Kedah akan dapat 20 mata.

Jadi impian kita pada aksi terakhir men3ntang pasukan jiran, Pahang hanyalah satu iaitu untuk merakam kemenangan bagi menduduki tempat terbaik sekurang-kurangnya ketiga liga, justeru saya harapkan pemain perlu beraksi bersungguh-sungguh biarpun impian untuk menduduki tangga kedua sudah tertutup, kata Shahrizal.

TFC kini menghuni di tangga keempat liga mengutip 16 mata daripada 10 perlawanan dengan ketinggalan dua mata di belakang Perak dan tiga mata dengan pasukan Kedah yang mengutip 19 mata.

Bagaimanapun jaringan pasukan itu adalah kedua tertinggi dengan merekod 22 gol di belakang Johor Darul Ta`zim dengan 28 gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *