Terengganu FC lakar Hatrik

Terengganu meneruskan rentak cemerlang pada aksi ketiga Liga Super apabila menundukkan Perak FC 2-0 di Stadium Perak, hari ini.

Striker berpengalaman, Mohamad Faisal Abdul Halim membuktikan penyudahnya masih berb!sa apabila meletakkan skuad kendalian Mohd Nafuzi Mahammad Zain itu di depan pada minit ke-24.

Perlawanan babak pertama menyaksikan skuad Sang Penyu mendominasi permainan dengan tiga asakan berbahaya dalam tempoh 10 minit namun berjaya diselamatkan penjaga gawang lawan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Pemain Perak FC kendalian Chong Yee Fatt terpaksa berkampung di kubu sendiri bagi menyerap asakan pemain pelawat menerusi striker mereka yang diketuai Carlos Alberto Martinez De Murga.

Peluang Perak hanya bermula minit ke-14 menerusi percubaan Muhammad Rafiuddin Roddin namun gagal menghasilkan gol.

Perak lebih menyerlah memasuki separuh masa kedua namun penyudah tumpul untuk mencari gol penyamaan mengecewakan tuan rumah.

Kurang lima minit sebelum tamat perlawanan, Perak hampir menyamakan kedudukan melalui strikernya Guilherme De Paula Lucrecio namun gagal memb0losi gawang lawan.

Terengganu meraih gol kedua pada minit ke-90 menerusi Dechi Marcel N’Guessan sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukan pelawat.