Terengganu FC Capai Kejayaan

KUALA TERENGGANU: Walaupun gagal melayakkan diri beraksi dalam saingan Piala AFC 2021, petunjuk prestasi utama (KPI) pasukan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super musim ini tercapai.

Ini diakui pengurus skuad Penyu itu, Ahmad Shahrizal Yahya yang menyifatkan kejayaan mengakhiri liga utama di kedudukan ketiga sudah mencapai matlamat pasukan.

Menurutnya, pencapaian itu sesuatu yang begitu membanggakan buat pasukan yang dibarisi ramai pemain muda berbakat selepas sekadar menghuni di tangga ketujuh liga musim lalu.

Musim ini skuad dari Pantai Timur itu ketinggalan tiga mata di belakang naib juara liga, Kedah yang mengumpul 22 mata sekali gus menyaksikan skuad Helang Merah mara ke saingan Piala AFC musim depan.

KPI skuad kita musim ini tercapai selepas pasukan berjaya menghuni di kedudukan ketiga liga sekali gus memperbaiki kedudukan ketujuh musim lalu.

Apa yang kami harapkan prestasi pasukan dapat ditingkatkan lagi menjelang aksi Piala Malaysia yang bakal bermula pada 6 November depan, kata Shahrizal.

Tambah Shahrizal, pemain kini giat menjalani latihan di bawah kendalian Nafuzi Zain yang dibantu bekas pemain Terengganu, Subri Sulong dan Rosdi Talib selain jurulatih penjaga gol, Yazid Yassin dan Ismail Abdul Rahman.

Harapan kita mahu melihat pasukan mampu melangkah lebih jauh musim ini walaupun saingan begitu getir kerana diadakan secara kalah m@ti berikutan pandemik C0VID-19, katanya.

Pada saingan Piala Malaysia musim lalu, naib juara edisi 2018 itu gagal melangkah ke peringkat separuh akhir selepas tumpas dengan agregat 5-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *