Tempoh Sumareh Hampir Tamat

Tempoh kuarantin yang dijalani oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh kini berbaki seminggu sahaja lagi dan beliau telah memulakan latihan ringan sebagai persediaan sebelum menyertai rakan sepasukan beliau di Police Tero.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, Sumareh menyatakan beliau kini sudah dibenarkan untuk keluar dari bilik, lantas menggunakan peluang ini untuk menjalani latihan ringan di salah satu fasiliti pusat kuarantin tersebut.

Sumareh berlepas ke Thailand pada 29 September lalu setelah menunggu lebih sebulan selepas mengesahkan perpindahan ke Police Tero secara pinjaman sehingga hujung musim ini.

Sekiranya semua berjalan lancar, Sumareh mungkin diturunkan pada perlawanan menentang PT Prachuap pada 17 Oktober disusuli dengan aksi men3ntang Muangthong United pada 25 Oktober.

Dalam carta Thai League 1 ketika ini, Police menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 11 mata selepas beraksi tujuh perlawanan liga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *