Tak Mustahil Luqman Ada – Pengurus KV Kortrijk

Striker muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tampak sudah sedia untuk kembali berada dalam senarai pasukan KV Kortrijk (KVK) menjelang aksi liga Belgium yang akan bersambung semula hujung minggu ini.

Keyakinan itu bersandarkan kepada aksi baik yang diperagakan pemain berusia 19 tahun itu ketika perlawanan persahabatan skuad utama KVK men3ntang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier kelmarin yang menyaksikan Luqman bermain selama 45 minit di babak pertama.

Walaupun KVK tewas 1-2, namun peluang beraksi dalam kesebelasan utama dimanfaatkan sebaiknya oleh tonggak kebangsaan itu dan tidak mustahil aksi berdepan KRC Genk Ahad ini di laman sendiri bakal menyaksikan Luqman meraih debut kedua dalam Jupiler Pro League selepas diturunkan ketika men3ntang RSC Anderlecht Oktober lalu.

Menurut sumber, pengurus pasukan KVK, Yves Vanderhaeghe berpuas hati dengan komitmen Luqman terutama selepas dia bangkit daripada kec3deraan hamstr!ng di mana ot0t paha kanannya disahkan k0yak dua sentimeter dan perlu berehat selama tiga minggu.

Dia (Luqman) dah pvlih sepenuhnya dan perlawanan dengan Excel Mouscron adalah penampilan pertama selepas pulih daripada kec3deraan.

Dalam perlawanan itu dia berikan sepenuhnya. Walaupun sekadar aksi persahabatan, Luqman bermain sangat baik dan banyak perkembangan positif ditunjukkan.

“Kalau terus macam ini, tak mustahil lawan dengan Genk dia boleh bermain. Genk sekarang duduk di tempat kedua carta liga dan ia akan jadi pengalaman berharga buat Luqman menentang kelab-kelab besar,” katanya.

Kelmarin, bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu membuka tahun baharu dengan langkah kanan apabila diberi peluang berada dalam senarai utama KVK bertemu Excel Mouscron sekali gus menambah minit permainan kepadanya.

Dalam aksi persahabatan itu, Vanderhaeghe hanya mengekalkan Lucas Maus dan Adam Jakubech sepanjang 90 minit dengan pemain lain termasuk Luqman diberi peluang bermain sebagai persediaan untuk aksi sebenar hujung minggu ini.

Sebelum ini, Luqman muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan KVK.