Sumareh Akhirnya Buka Mulut

M!steri kehilangan Mohamadou Sumareh akhirnya terungkai apabila pemain naturalisasi negara itu difahamkan akan menyertai kelab Thailand, Police Tero FC, dengan tawaran gaji lumayan.

Perkhabaran terbaru itu, sekali gus, menafikan perpindahannya bersama gerg@si bola sepak tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).

Status Sumareh menjadi perbualan h@ngat warga bola sepak tanah air selepas pemain kelahiran Gambia itu dikhabarkan sudah menamatkan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Berdasarkan klausa 8.7 yang terkandung dalam kontrak pemain, memperuntukkan kontrak seseorang pemain itu boleh ditamatkan tanpa sebarang kesan, sama ada pembayaran pamp@san atau pengenaan sekatan sukan, sekiranya pemain tidak menerima gaji mereka lebih daripada sekali.

Sumareh ketika ditemui wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu ketika ini kerana saya sudah cukup dibenc!. Saya tidak mahu berkata apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dipujuk, bekas pemain sayap Pahang itu akhinya membuka mulut mengenai statusnya ketika ini.

Selepas semua yang berlaku ini, saya tidak mahu memberikan k0men.

Bagi menghormati Pahang, saya tidak mahu berkata apa-apa. Saya hanya akan bercakap apabila waktunya telah tiba.

Bagi menghormati bekas pasukan saya, tiada apa untuk saya bicarakan.

Sesetengah penyokong masih amat baik dengan saya. Mereka memberikan sokongan kepada saya dengan mesej-mesej yang amat baik dan amat memahami.

Sesetengah yang lain membenc! saya dengan k0men-k0men yang amat bvruk.

Tetapi itulah hidup, bukan semuanya berpihak kepada anda.

Adakalanya anda melalui waktu yang indah dan adakalanya waktu yang bvruk.

Saya kira ini adalah watu yang bvruk buat saya.

Insya-Allah segalanya akan pulih tidak lama lagi.

“Buat masa ini, saya hanya mahukan perkara ini reda dan saya mahu fokus kepada diri saya.

“Saya mahu bersama keluarga saya dan kita akan lihat apa yang bakal berlaku,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *