Striker Tajikistan Hampir Pasti Sertai Sebuah Pasukan Utara

Pulau Pinang semakin hampir untuk mendapatkan khidmat striker skuad kebangsaan Tajikistan, Sheriddin Boboev bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pemain tersebut berusia 21 tahun dan sudah beraksi bersama pasukan kebangsaan Tajikistan sejak 2017.

Boboev beraksi bersama FC Istiklol dalam saingan Liga Tajikistan musim ini dimana beliau membuat 16 penampilan dan berjaya menjaringkan 10 gol sekaligus membantu kelab tersebut memenangi saingan liga.

Setakat ini, Boboev telah memenangi beberapa kejuaraan antaranya Tajik League (2017,2018,2019,2020), Tajik Cup (2018,2019) dan Tajik Super Cup (2018,2020).

 

Setakat ini, juara Liga Perdana itu telah mendapatkan khidmat Ryuji Utomo secara pinjaman dari kelab Indonesia, Persija Jakarta, Bryan See Tian Kiat dari PDRM dan juga Shafiq Afifi dari Perak II.

Bagi menghadapi saingan musim 2021, Pulau Pinang juga mendapatkan khidmat ketua jurulatih baharu dimana mereka melantik Tomas Trucha dari Republik Czech.