Skuad Utama JDT Mungkin Tidak Dapat Habiskan Saingan

KUALA LUMPUR: Pasukan utama Johor Darul Ta’zim (JDT) kemungkinan besar tidak dapat menghabiskan saingan Piala Malaysia musim ini kerana perlu terbang ke Doha untuk menyambung pertandingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Ini kerana, tarikh  suku akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 12 dan 13 November ini amat rapat dengan aksi ketiga kumpulan G skuad JDT men3ntang kelab dari China Guangzhou Evergrande FC iaitu pada 19 November.

Saingan ACL kembali bersambung pada 18 November hingga 13 Disember selepas ditangguh pada Mac lalu ekoran pandemik Covid-19 akan diadakan di Doha, Qatar sebagai venue kejohanan dan semua pasukan perlu menjalani tempoh kuarintin selama empat hari di negara tersebut.

Ia akan bermula dengan menghabiskan dahulu baki perlawanan peringkat kumpulan E, F, G dan H sebelum disambung aksi 16 terbaik, suku akhir dan seterusnya separuh akhir namun veneu final akan diputuskan kemudian.

Pengkrit!k bola sepak negara, Serbegeth Singh berkata, JDT boleh menggunakan perlawanan awal dalam Piala Malaysia sebagai pentas ujian terbaik untuk membuat persiapan sebelum berlepas ke Doha.

JDT juga mempunyai berpeluang cerah untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik sekiranya mereka mampu memungut mata dalam empat baki perlawanan terakhir.

Untuk perlawanan awal Piala Malaysia, mungkin skuad utama boleh diturunkan JDT selain menjadikan aksi itu sebagai persiapan terbaik sebelum ke Doha.

Apabila mara ke peringkat suku akhir dan sebagainya mungkin tugas itu boleh diserahkan kepada pasukan kedua.

Saya juga berpendapat JDT mempunyai peluang untuk melepasi peringkat kumpulan namun mereka perlu membuat persiapan rapi sebelum bertembung dengan wakil kelab dari Jepun, China dan Korea Selatan.

Kalau kita lihat JDT terlalu kuat dalam saingan Liga Malaysia dan mereka kurang mendapat t3ntangan s3ngit berbanding pertandingan di liga Jepun, China dan Korea Selatan yang saingannya lebih kompetetif, katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya, keh!langan Safawi Rasid yang dipinjamkan kepada Portimonense SC sudah pasti memberi sedikit rasa keh!langan kepada skuad JDT dalam mengharungi kempen ACL nanti.

sumber: utusan

Kehilangan Safawi bakal dirasai JDT dalam mengharungi kejohanan tersebut kerana pemain itu antara tonggak dalam pasukan, ujarnya.

Bagaimanapun, JDT yang ketika ini mempunyai 55 pemain dilihat tidak berdepan masalah untuk mengharungi kedua-dua pertandingan kerana memiliki barisan pemain berkualiti.

KUMPULAN G
                                 P  M  S  K  J  B Mt
Vissel Kobe               2  2   0   0  6  1    6
JDT                             2  1    0   1   3   6   3
Guangzhou             0  0   0   0  0  0  0
Suwon                       2  0   0   2  1   3   0

JADUAL
19 November
JDT (MAS) lwn Guangzhou Evergrande FC (CHN)

25 November
Suwon Samsung Bluewings (KOR) lwn JDT (MAS)

1 Disember
JDT (MAS) lwn Vissel Kobe (JPN)

4 Disember
Guangzhou Evergrande FC (CHN) lwn JDT (MAS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *