Semoga Allah Balas Apa Yang Korang Buat – Safawi

Seperti sedia maklum, bekas bintang bola s3pak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid telah berhijrah ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Terbaru, Safawi dilihat seakan kurang senang dengan tindakan media yang melaporkan kisah peribadinya.

Tweet Safawi Rasid

Walaupun tidak dinyatakan dengan lebih terperinci, Safawi dipercayai kurang senang dengan laporan media mengenai Syifa Melvin yang berjanji mahu menjaga keluarganya. Menurut Safawi, dia tidak gemar kisah peribadinya dijadikan bahan cerita tatkala dia sedang bertungkus lumus mengharumkan nama Malaysia di Portugal.

Tetapi dalam masa yang sama, apabila melihat kepada komen yang ditinggalkan netizen, ada di antara mereka kurang bersetuju dengan kenyataan Safawi. Dakwa mereka, Safawi perlu kekal fokus terhadap kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional di sana.

Biarkan media dengan cara mereka

Do not worry so much about media

Kredit:- Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *