Sembilan import kelebihan TFC

Kuala Terengganu: Memiliki sembilan s3njata import bakal menjadi tonik berharga buat jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain dalam mengharungi format baharu pentas Piala Malaysia musim ini.

Selain itu aura beraksi di laman sendiri bertemu pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Sabtu ini bakal memberi kelebihan kepada skuad Penyu itu untuk melangkah ke suku akhir.

TFC yang sebelum ini mempunyai lima awang import iaitu kapten, Lee Tuck, Dominique Da Sylva, Sanjar Shaakhmedov, Muhammad Faris Ramli dan Babacar Diallo kini mempunyai banyak pilihan kerana boleh membawa masuk empat pemain import daripada skuad adik Terengganu FC II (TFC II), Bruno Suzuki, Argzim Redzovic, Jordan Mintah dan Dechi Marcel bagi menambah sengat skuad itu.

Barisan jurulatih skuad itu juga mempunyai pilihan untuk menyenaraikan pemain tempatan daripada pasukan TFC II selepas Piala Cabaran yang sepatutnya diadakan selepas berakhirnya Liga Perdana dibatalkan pada musim ini kerana wabak pand3mik C0vid-19.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Kelantan yang pernah membantu skuad Terengganu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pada 2001 ketika bergelar pemain enggan mendabik dada, sebaliknya beliau mengakui pasukan lain juga mempunyai peluang sama rata.

Sekarang kita ada sembilan pilihan pemain import yang boleh kita gunakan dan tukar jika berlaku kec3deraan dalam saingan Piala Malaysia musim ini, tapi untuk setiap perlawanan kita akan turunkan seperti biasa lima pemain import.

Mereka (pemain import) harus bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, jadi sebelum bertemu PJ City nanti saya akan putuskan pemain import mana yang akan kita senaraikan, lagipun Lee Tuck dan Da Sylva baharu menjalani latihan selepas pvlih daripada kec3deraan, kita akan lihat siapa yang 100 peratus cergas, katanya ketika ditemui ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Ketika ditanya laluan pasukannya untuk mara ke final bagi mengulangi pencapaian pada 2018, Nafuzi yang dibantu dua l3genda Terengganu, Subri Sulong dan Rosdi Talib akui bakal berdepan laluan berl!ku untuk mara, namun tetap positif.

Laluan ke final bermula daripada pusingan pertama lagi tetap sukar apatah lagi semua pasukan yang bakal dit3ntang terdiri daripada pasukan Liga Super dengan format baharu kalah mat!.

Jadi bertemu dengan PJ City, bagi saya kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata biarpun beraksi di Terengganu, tapi saya ingatkan pemain perlu manfaat peluang yang ada dan betul-betul fokus dengan tidak melakukan kesilapan mudah lebih-lebih lagi aksi Piala Malaysia ini adalah berbeza, katanya yang tetap menyasarkan untuk mara ke final kejohanan itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *