Selamat Tinggal Tikus

LONDON: Entri perpisahan yang dimuat naik Thomas Partey di media sosial buat penyokong Atletico Madrid memakan diri apabila peminat mengg3larnya sebagai tikus dan ‘penipu’.

Pemain antarabangsa Ghana itu menandatangani kontrak bersama Arsenal pada saat akhir sebelum pintu perpindahan ditutup dengan yuran bernilai 45 juta pound (RM242 juta) dan penyokong Atletico nyata b3rang dengan cara dia meninggalkan kelab berkenaan.

Difahamkan, Atletico juga b3rang dengan tindakan Arsenal yang tidak memaklumkan bahawa mereka mencapai persefahaman bagi memenuhi klausa pelepasan Partey pada saat akhir.

Dan penyokong Los Rojiblancos turut berkongsi kem@rahan yang sama menerusi komen yang ditinggalkan di ucapan perpisahan Partey.

Partey memuat naik gambar meraikan jaringan ketika bersama Atletico dan menulis: Kepada semua penyokong Atletico, hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda.

Untuk tempoh beberapa tahun ini, Atletico sudah menjadi rumah saya dan sebahagian daripada keluarga ini akan sentiasa bersama saya.

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kelab di atas kepercayaan yang diberikan sejak hari pertama. Atletico Madrid bukan sekadar kelab, ia adalah keluarga. Terima kasih, katanya.

Bagaimanapun, penyokong enggan berkongsi perasaan yang sama dengan pemain itu apabila membidas tindakan Partey.

Ismael membalas: Selamat tinggal tikus.

Miguel Torres menambah: Mula-mula, anda m3nangis bagi mendapat tempat dalam pasukan, anda diberikan peranan penting seperti yang dimahukan dan anda pergi kerana tidak mendapat gaji dua juta setahun. Tikus. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *