Saya Tidak Takut — Sumareh

PEMAIN natural!sasi negara, Mohamadou Sumareh mengakui bukan mudah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Police Tero SC menjelang aksi liga utama Thailand men3ntang Muangthong United di Stadium Boonyachinda, Bangkok pada malam ini.

Kata Sumareh, persaingan dalam skuad kendalian Rangsan Viwatchaichok sangat sengit bagi posisi s3rangan dengan adanya pemain import Perancis, Greg Houla dan kapten pasukan, Adisak Srikampang.

Saya seorang yang tidak takut dengan cabaran dan harus diakui persaingan dalam kalangan pemain yang mewakili Police Tero SC sangat s3ngit kerana mereka memberikan 100 peratus di atas padang terutama pada sesi latihan.

Mungkin sebelum ini, ketika mewakili Pahang, saya berada dalam kesebelasan utama de­ngan mudah kerana ia adalah zon selesa, tetapi bukan dengan kelab ini.

Justeru, tiada jaminan ke­sebelasan utama tetapi apa yang saya boleh lakukan adalah bersabar serta bersedia dari segi mental dan fizikal sekira­nya diturunkan pada perlawanan nanti, kata pemain kelahiran Gambia itu semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *