Salah buat Lagi

LIVERPOOL – Pengurus West Ham United, David Moyes menyi­fatkan, pengadil terp3daya de­ngan lakonan pemain Liverpool, Mohamed Salah untuk meraih sepakan penalti yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Dalam aksi itu, West Ham berjaya mendahului menerusi jari­ngan Pablo Fornals sebelum The Reds b@ngkit memenangi perlawanan melalui sepakan penalti Salah dan percubaan daripada Diogo Jota.

Moyes, 57, mengakui, sangat kec3wa dengan kelakuan Salah yang didakwanya sengaja memperbesar-besarkan terj@han da­ripada pemain pertahanan West Ham, Arthur Masuaku dalam kawasan kotak penalti The Hammers.

Saya tidak tahu bagaimana penalti tersebut boleh diha­diahkan kepada Liverpool kerana­ sentuhan yang sangat minimum daripada Masuaku. Salah sengaja merebahkan badan dan reaksi­nya agak keterlaluan.

Jika penalti tidak diberikan, mungkin kami boleh meraih keputusan positif pada perlawanan ini. Namun, ia sudah ber­akhir dan nasib tidak menyebelahi kami.

Apa yang pasti, saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang be­kerja keras sepanjang 90 minit perlawanan. Mereka berjaya memberi t3kanan kepada Li­ver­pool yang sememangnya berada dalam kelas tersendiri, katanya.

Keputusan tersebut menyak sikan rekod cemerlang West Ham tanpa kekalahan dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut sebelum ini akhirnya lebvr di tangan Liverpool. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *