Sah Secara Rasmi

Sanusi Md Nor membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), selepas hanya memegang jawatan itu selama hampir empat bulan sejak Julai lalu.

Beliau sudah menghantar surat kepada pihak pengurusan pada 25 Sept lalu dan peletakkan jawatannya akan berkuat kuasa 15 Okt ini.

Sanusi bagaimanapun menganggap peletakan jawatan itu bukan dibuat atas d3sakan pihak tertentu mahupun dibuat secara melulu, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada individu yang lebih berkelayakan menerajui pasukan bola sepak.

Ada orang lebih berpengalaman dalam mentadbir sukan ini, katanya kepada Bernama.

Saya minat dengan sukan dan pernah jadi olahragawan, mewakili negeri dalam pelbagai acara termasuk bola sepak, tapi mungkin saya tidak sesuai untuk mentadbir persatuan sukan.

Kita ada banyak masalah di Kedah pada masa ini seperti C0VID-19, ia memerlukan komitmen saya 100 peratus…jangan kata saya merajvk.

Ketika ditanya mengapa beliau hanya meletakkan jawatan secara rasmi pada minggu hadapan, Sanusi menjelaskan bahawa beliau mahu menyelesaikan hutang lama pasukan sebelum mengundurkan diri.

Saya pilih 15 Okt kerana saya letak sasaran akhir untuk selesaikan semua hutang lama KFA yang lama, dulu saya sebut RM10.6 juta, sebenarnya bila dikorek balik hutang itu cecah RM14 juta.

Saya cari penaja dan rakan-rakan yang sudi bantu selesaikan hutang Kedah FA dan saya sasarkan semuanya selesai pada 15 Okt ini, lepas tu boleh serah kepada orang yang lebih layak jadi presiden.

Sanusi juga berkata, lesen kebangsaan dan lesen AFC telah berjaya diperoleh, kini yang tinggal hanyalah proses penswastaan melibatkan nama dan logo pasukan.

Berkenaan logo dan nama baharu untuk penswastaan pasukan, saya yakin pihak KFA akan pertimbang cadangan peminat dan saya difahamkan akan ada pertandingan cipta logo baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *