Sah Jadi Milik Kedah

IPOH: Kedah memastikan slot Piala AFC yang ditawarkan kepada naib juara Liga Super menjadi milik mereka selepas menang 3-2 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Turun dengan misi sekurang-kurang mengutip satu mata,  Renal Alves bagaimamapun mel3dak gol kemenangan Lang Merah pada minit ke-63.

Kekalahan menyaksikan Perak turun ke tangga keempat liga selepas dipintas Terengganu yang menang 2-1 di gelanggang sendiri.

Aksi menarik ditampilkan kedua-dua pasukan yang menyaksikan empat gol terhasil pada separuh masa pertama.

Pasukan Kedah membuka tirai jaringan melalui gerakan solo Kpah Sherman pada minit ke-28 .

Berselang tiga minit, Fazrul Daniel melebarkan kedudukan skuad Lang Merah apabila menyudah peluang yang dicipta Badrol Bakhtiar pada minit ke-31.

Walaupun Perak tampil tanpa kapten Shahrul Mohd. Saad yang digantvng dan Guilherme De Paula yang mengalami kec3deraan tampak tert3kan tetapi anak buah Mehmet Durakovic bangk!t melawan.

Kesungguhan tuan rumah berhasil apabila Leandro Dos Santos menyempurnakan s3pakan penalti pada minit ke-42 selepas Firdaus Saiyadi dijatuhkan oleh Rizal Ghazali.

Leandro yang bertindak selaku kapten kemudian menanduk masuk gol penyamaan Bos Gaurus dalam masa kec3deraan untuk menyemarak semangat juang rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan menggandakan usaha untuk membvru kemenangan.

Seperti pada babak pertama asakan Kedah nyata berkesan dan mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol melalui tandvkan k3ncang Renal Alves pada minit ke-63.

Walaupun Perak berusaha memadam defisit, namun asakan pasukan tuan rumah gagal untuk mengubah keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *