Safawi Terharu Tersenarai

KUALA LUMPUR: Selepas menunggu dengan penuh kesabaran, detik yang dinantikan Safawi Rasid akhirnya menjadi kenyataan apabila namanya disenaraikan dalam skuad Portimonense men3ntang juara Portugal, Porto esok (1.30 pagi Isnin waktu Malaysia).

Berita gembira itu disampaikan Safawi sendiri kepada Utusan Malaysia dalam aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Alhamdulillah dah tersenarai untuk ke Porto. Main atau tidak itu keputusan jurulatih.

Sudah tentu saya terharu, perasaan amat gembira dapat menyertai pasukan utama men3ntang Porto. Insya-Allah saya akan bagi yang terbaik jika diturunkan.

Dalam latihan saya sentiasa berikan yang terbaik, alhamdulillah akhirnya diberi kepercayaan, kata Safawi.

Menurut Safawi, 23, dia akan membuang rasa gemuruh membuat kemunculan sulung dalam Liga Primeira, sebaliknya cuba bermain seperti biasa.

Doakanlah yang terbaik untuk perlawanan men3ntang Porto, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *