Safawi Mahu Satu Dunia

KUALA LUMPUR: Selepas namanya mula dikenali di Asia, Safawi Rasid memasang impian untuk dikenali di seluruh dunia selepas berhijrah ke kelab Portugal, Portimonense SC.

Jaringan menerusi s3pakan lencong kaki kirinya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan Safawi dinobatkan pemenang Anugerah Gol Terbaik Sedekad ACL Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada bulan lalu membuktikan dia antara peledak paling prolifik di benua Asia.

Tambah tonggak Malaysia itu, dia mahu menjadikan Liga Primeira Portugal itu sebagai platform untuknya membuktikan kepada Eropah dan Asia bahawa Malaysia mempunyai pemain terbaik.

Saya nak orang kenal saya, satu dunia, Insya-Allah. Saya akan cuba buat yang terbaik dan buat rakyat Malaysia gembira sebab saya nak ubah gaya saya main bola serta tingkatkan lagi persembahan untuk pasukan kebangsaan.

Pertama sekali saya nak rebut peluang untuk berada dalam kesebelasan utama, dahulu. Saya akan tunjukkan semuanya apa yang saya ada, saya harap pergi sana, kaki kiri saya menjadi, katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Portugal, malam kelmarin untuk menyertai Portimonense SC secara pinjaman selama semusim.

Safawi juga berharap penampilan dia bersama Portimonense nanti mampu memikat kelab besar lain di Eropah.

Kita cuba dulu, bagi saya kalau ada rezeki dan jika ada kelab besar di sana nak saya, kemungkinan saya akan kekal untuk teruskan kerjaya di sana.

Tapi memang berat nak tinggalkan JDT, saya sudah bersama kelab itu empat tahun dan banyak pencapaian di sana. Saya nak tengok stadium (JDT) pun s3dih, jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *