Safawi Ketuai Penguasaan JDT

Seperti yang dijangka, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mend0minasi pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual.

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu memiliki lebih daripada seorang calon dalam setiap anugerah utama yang ditawarkan, kecuali penjaga gol dan jurulatih.

Dalam kategori Pemain Tengah Terbaik, Safawi Rasid bakal berdepan saingan tiga rakan sepasukannya di JDT – Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez.

Turut berada dalam senarai calon yang diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini, perancang tengah Selangor, Brendan Gan, Leandro Dos Santos (Perak), Lee Tuck (TFC) serta Nor Azam Azih (Pahang).

Bagi kategori striker Terbaik, JDT menampilkan dua calon iaitu pemain muda sensasi, Ramadhan Saifullah dan Diogo Luis Santo.

Bagaimanapun persaingan amat s3ngit dengan penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun (Selangor) mengetuai calon pilihan bersama penjaring terbanyak tempatan, Shahrel Fikri Fauzi yang bakal berhijrah ke Red G!ants musim depan.

Satu lagi kategori tumpuan Pertahanan Terbaik yang menyaksikan persaingan tiga tonggak kebal JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak, La’Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies bersama Shahrul Saad (Perak) serta Shakir Hamzah (Kedah).

Farizal Marlias mengetuai pencalonan Penjaga Gol Terbaik dan bakal diberi tentangan sengit oleh Suhaimi Husin (Terengganu) dan Samuel Somerville dari Pulau Pinang.

Bagi kategori Jurulatih Terbaik, Benjamin Mora (JDT) mengetuai senarai bersama Aidil Sharin Sahak (Kedah) dan Manzoor Azwira Abd Wahid yang membawa Pulau Pinang muncul juara Liga Perdana.

ABK20 Virtual yang berlangsung secara maya pada 30 Disember ini buat pertama kali memberi ‘kuasa’ kepada penyokong untuk mengundi pemain terbaik.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Baki 30 peratus lagi kiraan mata akan diundi penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula pukul 10 pagi esok sehingga 11.59 malam Jumaat ini.

Pada ABK20 Virtual, MFL turut menyampaikan Anugerah Kasut Emas 2020 dan Penjaring Terbanyak Liga Super 2020 kepada Ifedayo yang meledak 12 gol.

Shahrel Fikri yang mengumpul 10 gol bersama Perak menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2020, manakala penyerang Pulau Pinang, Casagrande yang menghasilkan sembilan gol dinobat selaku Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2020.

Turut mencuri tumpuan, striker muda Selangor II, Danial Asri yang menerima anugerah in the Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana 2020 dengan tujuh gol.