Safawi Akan Beraksi Bersama Bintang Dunia

KUALA LUMPUR: Impian pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara akhirnya menjadi kenyataan apabila dia sah akan menyertai kelab Portugal, Portimonense SC selama semusim secara pinjaman.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu berlepas ke Portugal malam tadi dan perlawanan men3ntang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin menjadi aksi terakhir Safawi bersama skuad JDT.

Safawi mengakui sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran baharu di bumi Eropah yang dijangka lebih mencabar berbanding dalam Liga Malaysia (Liga M).

Sebaik sahaja menjadikan bola sepak sebagai kerjaya, saya sudah pasang impian untuk bermain di luar negara, katanya.

Kita tahu ramai pemain bintang dunia beraksi di Eropah dan saya juga mahu mendapat peluang sama. Cabaran pasti berbeza dengan liga tempatan tetapi saya harap dapat cepat menyesuaikan diri di sana nanti.

Ini cabaran baharu dan saya akan buktikan kepada kelab dan negara dengan memberi aksi terbaik. Kesempatan ini juga saya mahu berterima kasih kepada JDT dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim terutamanya kerana memberi peluang kepada saya.

Sebagai pemain bola sepak kita kena bersedia untuk berhijrah bagi mengembangkan kerjaya kita dan saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan kualiti yang dimiliki dan cuba merebut kesebelasan utama di sana,.

Safawi beraksi cemerlang dalam skuad JDT sejak melakukan penampilan pada 27 Januari 2017.

Pemain berusia 23 tahun itu membuat 101 penampilan bersama JDT, menjaringkan 47 gol dan melakukan 18 bantuan jaringan.

Safawi sudah memenangi empat kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih bersama Harimau Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *