Rombakan besar-besaran TFC Tidak Sambung Kontrak Pemain

Terengganu FC dilihat mahu melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukan dimana tiga lagi pemain dikhabarkan tidak akan mendapat kontrak lanjutan bagi saingan musim hadapan.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain tersebut adalah Nasir Basharudin, D.Saarvindran dan pemain kacukan, Stuart Wark dimana ramai pihak berpendapat Terengganu mahu menggantikan tiga pemain ini dengan pemain yang lebih berpengalaman.

Sebelum ini, striker import pasukan, Dominique Da Sylva dan pemain import yang mengisi kuota Asean, Faris Ramli sah meninggalkan pasukan dimana mereka mengumumkan perkara tersebut menerusi laman media sosial Instagram milik kedua-dua pemain.

Selain itu, ketua pasukan, Lee Tuck dan Sanjar Shaakmedov juga dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan yang menduduki tempat ketiga saingan Liga Super musim 2020 itu dimana Tuck dikatakan mahu membawa haluan baharu manakala Sanjar menerima tawaran daripada pasukan luar Malaysia.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain akan beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan dan ramai pihak tertanya-tanya mengenai tindakan susulan pasukan itu apabila kehilangan pemain utama bagi saingan musim 2021 nanti.

Setakat ini, Terengganu belum membuat pengumuman rasmi mengenai pemain yang akan meninggalkan pasukan dan juga pemain baharu yang akan menyarung jersi skuad Penyu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *