RM26.82 Juta Untuk Duduk Bangku Simpanan

LONDON: Chelsea g@gal menemui kelab yang mahu mengambil Kepa Arrizabalaga secara pinjaman ketika mereka berdepan situasi membazir £5 juta (RM26.82 juta) hanya untuk membayar penjaga gol itu di bangku simpanan.

Penjaga gol Sepanyol itu diketepikan di Stamford Bridge selepas melakukan beberapa siri kesilapan yang memaksa kelab menandatangani Edouard Mendy selaku penjaga gol No 1.

Pengarah kelab, Marina Granovskaia enggan berdepan masalah kewangan berkaitan penjaga gol dibeli dengan harga £71 juta (RM380.81 juta) itu, dua tahun lalu – namun tiada kelab di Eropah mampu mengambilnya dari tangan Chelsea.

Dengan tawaran harga mencecah £60 juta (RM321.81 juta), tiada pembeli ditemui buat penjaga gol berusia 25 tahun itu dan Blues perlu mula mencari kelab yang mahu mengambilnya secara pinjaman.

Namun ketika bola sepak Eropah tervk terkena tempi@s p@ndem!k C0V!D-19, tiada satu pun kelab bersetuju membayar gaji mingguannya sebanyak £150,000 (RM804,532).

Satu-satunya cara mereka boleh mengeluarkannya sebelum jendela perpindahan tamat Isnin ini ialah bersetuju sekurang-kurangnya membayar separuh daripada gajinya.

Walaupun begitu, kelab London itu tampak akan terikat bersama Kepa kerana gajinya yang tinggi untuk kseluruhan baki musim, membuat mereka perlu membayar £5 juta (RM26.82 juta) hanya untuk melihatnya menjadi penjaga gol gantian. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *