Rezeki Safawi Rasid

Mungkinkah saingan Taca de Portugal (Piala FA Portugal) bakal memberi rezeki buat striker prolifik kebangsaan, Safawi Rasid untuk meraih penampilan pertamanya bersama skuad utama Portimonense SC?

Ini kerana skuad yang berpengkalan di Algarve, Portugal itu dijadual bertemu pasukan divisyen tiga, UD Leiria bagi aksi pusingan ketiga Taca de Portugal yang akan berlangsung pada jam 5 pagi esok.

Dengan melihat jurang kekuatan antara Portimonense SC yang beraksi di divisyen utama dan UD Leiria di divisyen tiga, Safawi mungkin berpeluang untuk diturunkan sekurang kurangnya sebagai pemain simpanan.

Malah, men3ntang pasukan dari liga bawahan seperti ini juga boleh dianggap sebagai peluang keemasan oleh jurulatih, Paulo Sergio untuk menguji Safawi sekali gus mampu menjadi langkah pertama yang begitu besar kepada karier pemain kebangsaan itu di benua Eropah.

Ketika ditanya mengenai peluang beraksi pada perlawanan ini, berita gembira dikongsi pemain itu selepas dia berkemungkinan akan disenaraikan buat kali kedua sekali gus mencerahkan peluang yang sudah lama dinantikannya selama ini.

Jika tiada halangan kemungkinan perlawanan hujung minggu ini, saya berpeluang untuk bermain sebagai pemain gantian. Namun, perkara itu terserah kepada barisan jurulatih. Ketika ini saya giat menjalani latihan untuk perlawanan berkenaan, katanya.

Terdahulu, penantian penyokong Malaysia yang sanggup bersengkang mata berakhir dengan kek3cewaan selepas striker Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sekali lagi tidak diturunkan ketika bertemu Porto sebelum ini.

Meskipun disenaraikan buat kali pertama di bangku simpanan Portimonense SC, rezeki jelas masih lagi belum berpihak kepada pemain itu untuk meraih penampilan sulung bersama skuad utama di bumi Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *