Rekod JDT Dianggap Tidak Sempurna

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan setakat mencipta rekod memenangi kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut turut, malah menamatkan kempen musim ini tanpa sebarang kekalahan.

Menariknya, kejayaan bersejarah itu bukan kali pertama dilakar JDT, sebaliknya anak buah Benjamin Mora pernah melakukannya empat tahun lalu.

Meskipun rekod tanpa kalah yang dilakar musim ini dianggap tidak sempurna selepas saingan liga hanya berlangsung satu pusingan, kejayaan itu jelas membuktikan Harimau Selatan layak digelar Maharaja Liga Super.

Lebih manis, mereka turut menyamai pencapaian pada 2016 yang menyaksikan mereka menyambar semua rekod yang ada musim ini.

Ini termasuk JDT gah muncul sebagai jentera s3rangan paling berb!sa dan pertahanan paling ampuh yang membantu mereka muncul pasukan meraih kemenangan terbanyak musim ini.

Mereka berjaya m3ledak 33 gol daripada 11 perlawanan selain hanya dibolosi lapan kali sepanjang musim ini dan menang sembilan perlawanan untuk menghimpun 29 mata sekali gus mengulangi pencapaian 2016 yang menyaksikan mereka turut menjadi pasukan terbanyak mel3dak gol dan paling sedikit dibolosi.

Sebagai perbandingan, pasukan kedua paling banyak menjaringkan gol dalam 11 perlawanan Liga Super adalah Selangor dengan 26 gol manakala pasukan kedua yang kurang dibolosi adalah Kedah dengan 11 gol namun mereka masih perlu berdepan satu perlawanan lagi.

Malah, JDT membuktikan betapa mereka bukanlah pasukan dengan satu pemain apabila 12 penjaring berbeza menyumbang gol bagi pasukan musim ini untuk muncul pasukan terbanyak dengan penjaring gol yang berbeza.

Pemain yang baru berhijrah ke Portimonense SC, Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera muncul sebagai pen3mbak paling tepat JDT dengan tujuh gol diikuti pemain muda sedang meningkat, Ramadhan Saifullah dan Diogo Luis Santo dengan empat jaringan.

Sebagai juara, sudah tentu kami mahu menamatkan musim ini dengan kemenangan tetapi fikiran kami mungkin sedikit terganggu kerana sudah muncul juara dan tiada apa lagi yang mahu dikejar.

Tetapi di JDT, kami bukan setakat mahu menang semata-mata kerana kami mahu mencipta sejarah. JDT bukanlah hanya satu pemain tetapi apa yang penting ialah usaha secara kolektif yang ditunjukkan pasukan, kata Mora selepas aksi terakhir menentang Melaka, kelmarin.

Pada aksi berkenaan, Melaka yang k3ntal bertahan sehingga minit ke-69 akhirnya akur apabila dibelasah 5-0 sekali gus menyaksikan JDT menamatkan musim ini dengan rekod tanpa kalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *