Rekod Jaringan 149-0 tak mungkin Pecah

Rekod sememangnya dicatat untuk dipecahkan dan kalau anda tidak percaya, tanyalah Pele.

Sebelum ini, dia menyaksikan rekod jaringannya untuk satu kelab dipintas oleh Lionel Messi dan kemudiannya, Cristiano Ronaldo ‘datang’ memecahkan rekod jaringan terbanyak yang dilakukannya.

Namun, menurut portal GiveMeSport, berikut adalah rekod bola sepak yang disifatkan begitu ‘mengarut’ dan mungkin tidak akan dipecahkan.

1. JARINGAN TERBANYAK PEMAIN DALAM SATU KEMPEN PIALA DUNIA (13 gol)

Pemain Perancis, Just Fontaine mel3dak 13 gol hanya dalam enam penampilan pada Piala Dunia edisi 1958 termasuklah empat gol ketika menentang Jerman Barat.

Gerd Muller pernah menjaringkan 10 gol namun kecuali adanya perubahan dramatik dalam format kejohanan terulung itu pada masa akan datang, sukar untuk melihat ada pemain menjaringkan 13 gol.

2. JARINGAN MENERUSI TANDUKAN TERJAUH (58.13 meter)

Menjaringkan gol menerusi tandukan daripada luar kotak penalti sudah cukup mengagumkan tetapi bayangkan dapat menjaringkan gol daripada kawasan sendiri.

Itulah yang dilakukan pemain Norway, Jone Samuelsen pada 2011 ketika beraksi bersama ODD Grenland.

Penjaga gol Tromso meninggalkan kawasannya ketika sepakan sudut dan selepas pertahanan Tromso cuba mengeluarkan bola, bola terus tiba kepada Samuelsen yang kemudiannya menanduk bola masuk ke dalam gawang kosong.

3. KAD MERAH TERBANYAK DALAM SATU PERLAWANAN (36 kad merah)

Insiden ini berlaku di Argentina membabitkan aksi dalam saingan divisyen kelima membabitkan Claypole dan Victoriano Arenas pada 2011.

Pergadohan besar-besaran tercetus yang menyaksikan pengurus, jurulatih dan penyokong turut ‘berg@sak’ yang menyaksikan pengadil, Damian Rubino tidak berbelas kasihan dan melayangkan kad merah kepada semua yang terbabit.

4. PEMAIN TERMUDA BERAKSI DALAM PERLAWANAN PROFESIONAL (12 tahun)

Kita sentiasa teruja apabila menyaksikan ada pemain muda tampil secara profesional buat kali pertama namun tiada yang dapat memecahkan rekod Mauricio Baldivieso.

Dia beraksi dalam perlawanan profesional ketika berusia 12 tahun pada Julai 2009 mewakili Aurora namun tiada apa yang mengejutkan kerana bapanya adalah pengurus pasukan terbabit.

5. KAD MERAH TERBANYAK SEPANJANG KARIER (46 kad merah)

Ia bukanlah Sergio Ramos tetapi Gerardo Bedoya yang dibuang padang sebanyak 46 kali.

Dia beraksi 49 kali bersama Colombia dan mewakili pasukan seperti Boca Juniors dan Atletico Nacional.

6. KEMENANGAN TERBESAR DALAM PERLAWANAN (149-0)

Pada 2002, pasukan dari Madagascar, SO I’Emyrne tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil pada aksi terdahulu mereka dan mereka memboikot pada aksi seterusnya menentang AS Adema.

Mereka masuk ke padang dan mula menjaringkan gol sendiri yang menyaksikan keputusan berakhir dengan 149-0.

7. KEHADIRAN TERTINGGI DALAM SATU PERLAWANAN (199,854)

Kita masih bersedih apabila penyokong masih tidak dibenarkan hadir ke stadium akibat COVID-19, jadi kehadiran penyokong seramai 199,854 orang di dalam satu stadium adalah satu rekod yang gila.

Ia berlaku pada aksi Piala Dunia 1950 antara Brazil dan Uruguay di Maracana.

8. GOL TERBANYAK DALAM SATU KALENDAR TAHUN (91 gol)

Sejujurnya, kita tidak pernah terfikir rekod 85 gol yang dicatat Gerd Muller pada 1972 akan dipecahkan namun tidak kepada Lionel Messi.

Pada 2012, pemain Barcelona itu menjaringkan 91 gol, 79 gol bersama kelabnya sementara 12 lagi untuk Argentina.

9. HATRIK TERPANTAS (70 saat)

Mungkin ini satu satunya rekod yang hampir pasti tidak dapat dipecahkan dan ia dilakukan oleh striker Rawson Spring, Alex Torr.

Pelajar sains sukan berusia 20 tahun itu mel3dak hatrik dalam tempoh 70 saat pada aksi Liga Ahad Sheffield ketika menentang Winn Gardens.

10. JARINGAN TERBANYAK OLEH PENJAGA GOL (131 gol)

Penjaga gol legenda, Rogerio Ceni melakar rekod menakjubkan apabila menjaringkan 131 gol sebagai penjaga gol Sao Paulo.

Dia mengambil sepakan percuma dan sepakan penalti sekali gus membolehkan dia menghimpun jaringan yang lebih banyak berbanding pemain lain.

11. JARINGAN TERPANTAS OLEH PEMAIN GANTIAN (1.8 saat)

Rekod ini dilakar oleh pemain Arsenal, Nicklas Bendtner ketika aksi tetangga men3ntang Spurs pada 2007.

Pemain itu masuk sebagai pemain gantian dan menanduk masuk hantaran Cesc Fabregas dan Guinness Book of Records mencatat rekod itu pada 1.8 saat.

12. R3MBATAN TERPANTAS (221 km/j)

Pertahanan Sporting Lisbon, Ronny merembat masuk sepakan percuma dengan deras dan ia direkodkan dengan kepantasan 221 kilometer sejam.

13. REKOD TANPA KALAH TERPANJANG (104 perlawanan)

Arsenal mungkin menganggap rekod 49 tanpa kalah mereka tidak dapat ditandingi namun pada 1980an, Steaua Bucharest tidak merasai sebarang kekalahan sepanjang lima musim dan merekod 104 perlawanan tanpa tewas.

14. JARINGAN GOL TERJAUH (91.9 meter)

Melainkan seseorang menjaringkan gol daripada kawasan penalti sendiri, rekod ini akan kekal bertahan.

Penjaga gol Stoke, Asmir Begovic menggunakan kelebihan angin untuk menjaringkan gol dari jarak 91.9 meter ketika menentang Southampton.

15. PEMAIN AKTIF PALING TUA (73 tahun)

Kebanyakan penjaga gol sememangnya memiliki tempoh karier yang lebih panjang dan mungkin bersara pada usia 40 tahun berbanding 30 tahun.

Namun penjaga gol dari Israel, Isaak Hayik berusia 73 tahun dan 95 hari ketika beraksi secara kompetitif untuk Maccabi Ironi Or Yehuda. -Agensi