Ramadhan Dah Tandatangan Kontrak

Pemain muda yang sedang meningkat naik, Ramadhan Saifullah menandatangani kontrak lanjutan bersama juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT)

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan, dimana selain Ramadhan, beberapa pemain lain turut menandatangani kontrak lanjutan.

Nama Ramadhan mula menjadi bualan peminat setelah pemain berusia 19 tahun itu menampilkan prestasi cemerlang di posisi sayap sejak saingan Liga Super disambung pada Ogos lalu.

Ramadhan berjaya menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Super, paling diingati ketika JDT menewaskan Selangor dengan keputusan 6-1 dimana Ramadhan menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut.

Selain Ramadhan, pemain lain yang turut menandatangani kontrak lanjutan ialah S.Kunanlan, Gary Steven Robat, Hazwan Bakri, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid dan beberapa pemain dari JDT II seperti Syazwan Andik dan Arif Aiman Hanapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *