Punca Faisal Halim Keluar dari pasukan Pahang

Pemain sayap prolifik, Faisal Halim, mengakui ralat apabila Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) lambat membuat tawaran kontrak baru selepas pemain berusia 22 tahun itu sudah menandatangani kontrak dengan pasukan baru musim depan.

Sejak bersama Pahang pada 2016, Faisal mencipta nama dengan keseluruhan 55 penampilan dan mel3dak enam gol dan turur dipanggil mewakili negara tahun lalu.

Lima tawaran telah pun diterimanya, antaranya Pulau Pinang yang akan bersaing dalam Liga Super 2021,

Namun pemain yang mesra disapa Miki masih belum sedia mendedahkan pasukan barunya musim depan.

Saya telah menerima tawaran ketika saingan Liga M berbaki dua perlawanan. Saya sedang menilai pasukan terbaik bagi saya dan saya juga telah memberitahu kepada pihak PBNP pada bulan Ogos namun mereka menghubungi saya lewat selepas saya membuat pilihan, kata Faisal.

Jika mereka menghubungi lebih awal, saya sudah pasti akan kekal bersama Pahang. Namun buat saya ini, saya perlu menghormati pasukan baru saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *