Portimonense Untung Besar Dapat Safawi

Sama seperti apa yang berlaku terhadap KV Kortrijk selepas menerima kehadiran Luqman Hakim dengan kontrak 5 tahun, Portimonense SC juga menerima kesan ekonomi yang sama.

Laman Facebook Portimonense menerima puluhan ribu pengikut baru dan segala posting yang mempunyai MUKA SAFAWI akan menerima jumlah sukaan melebihi 10,000.

Ini baru laman sosial media belum masuk lagi jualan jersi. Boleh jadi pengurusan Portimonense masih belum kenal bertapa fanatiknya pengikut bola sepak Malaysia sehinggakan laman web mereka masih menggunakan Bahasa Portugis.

Laman portal Portimonense juga masih belum menerima tempahan jersi secara online menggunakan ecommerce (hanya boleh dibeli menggunakan email) dan harganya terlampau mahal untuk dibeli secara satu persatu.

jersi Portimonense dijual dengan harga RM342 tidak termasuk kos penghantaran. Dianggarkan kos untuk membawa pulang sehelai jersi termasuk kos penghataran adalah sekitar RM500+-. Satu nilai harga yang agak mahal.

Jadi Portimonense sebenarnya perlu melantik ejennya sendiri untuk dipasarkan di Malaysia kerana orang Malaysia sanggup berbelanja untuk memuaskan hati mereka yang kadang kala berduka lara.

Sekiranya Portimonense berjaya menyelesaikan masalah ini dijangkan kelab Portugal ini bakal merasai nikmat memiliki pemain Asean bermain dalam pasukan mereka.

Jualan jersi, jumlah follower yang semakin naik, penjualan hak penyiaran (mungkin menguntungkan Premeira Liga + kelab-kelab lain) dan juga penjualan membership online untuk isi kandungan eksklusif merupakan salah satu pendapatan tambahan buat kelab berkenaan.

Nilai komersial Safawi Rasid bukan kecil dan nilainya pasti meningkat berlipat kali ganda apabila Safawi mula diturunkan dalam aksi sebenar liga di Portugal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *