Portimonense sah tersingkir

Striker kebangsaan, Safawi Rasid tampak masih perlu menunggu untuk membuat penampilan sulung bersama skuad senior Portimonense SC.

Ia susulan Safawi sekali lagi hanya memanaskan bangku simpanan ketika pasukan itu tewas 1-0 di tangan UD Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal (Piala FA Portugal), awal pagi tadi.

Malah, situasi itu menyaksikan laman sosial kelab Portugal itu terus menjadi sasaran s3rangan penyokong Malaysia yang mengharapkan penampilan sulung daripada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Dia yang menyertai kelab Portugal itu secara pinjaman selama semusim sebelum ini hanya berpeluang membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense.

Ketika ini, pemain berusia 23 tahun itu sudah lebih sebulan bersama kelab itu dan dia dilihat berdepan tekanan dari luar padang selepas penyokong Malaysia sentiasa menantikan kelibat pertamanya setiap kali Portimonense beraksi.

Pada aksi Taca de Portugal awal pagi tadi, Portimonense dikejutkan dengan jaringan minit ke-80 Rui Gomes.

Perlawanan Portimonense seterusnya adalah dalam saingan Liga Primeira men3ntang Nacional pada 29 November.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *