Persoalan Pemain Import Kedah Bakal Terjawab

Persoalan mengenai pemain import kuota Asean Kedah bagi sa!ngan musim 2021 hampir terjawab apabila dimaklumkan Kedah sedang meng!kat seorang pemain import dari Singapura.

Pemain yang dipilih ini difahamkan bakal mengukuhkan lagi kekuatan ruang tengah dan benteng skuad Hijau Kuning untuk musim depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Khamal Idris Ali, Kedah sudah memilih seorang pemain import kuota Asean yang diperlukan dari Singapura seperti mana perancangan yang sedang dilakukan.

“Untuk import kuota Asean ini, kita sudah mendapat calon yang sesuai untuk bersama pasukan dan pemain yang dinantikan itu dari Singapura yang akan menyertai pasukan Kedah musim depan, namun berkaitan namanya biarlah kita umumkan secara rasmi.

“Bagi senarai nama penuh semua pemain pula, seperti mana diumumkan Presiden Persatuan Bolas3pak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Noor, selepas semua urusan penyenaraian itu selesai, kita akan membuat pengumuman secara rasmi pada 15 Januari depan.

Dalam perkembangan yang sama, Khamal turut memaklumkan bahawa skuad Kedah sudah hampir lengkap untuk sa!ngan musim depan dan hanya menantikan hanya sedikit lagi aturan dan proses yang diperlukan sebelum pengumuman dibuat nanti.

“Kita sudah melengkapkan senarai pemain-pemain skuad Hijau Kuning ini sebanyak 98 peratus setakat ini dan InsyaAllah akan lengkap sepenuhnya dalam masa terdekat selepas semua urusan selesai.” katanya.

Kedah setakat ini sudah mengumumkan melepaskan 13 pemainnya yang tamat kontrak pada musim 2020 dan jangkaan seterusnya hanya 25 pemain iaitu dalam jumlah lebih kecil bakal didaftarkan dalam pasukan pada musim depan.

Selain nama-nama pemain yang kekal dan baharu yang akan diumumkan pada 15 Januari nanti, KDA FC juga akan turut menyenaraikan barisan kejurulatihan yang lengkap bagi menggalas tugas untuk musim depan.