perlawanan Buku bertemu ruas

Cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 10 aksi Liga Super bakal teruji apabila berdepan pencabar utama kejuaraan, Terengganu FC (TFC) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Tuan rumah yang menguasai persada liga sejak awal saingan sudah mengumpulkan 23 mata selepas sembilan perlawanan manakala skuad Penyu di tangga kedua, ketinggalan lima mata selepas menghimpun 18 mata

Pengendali JDT, Benjamin Mora memilih bersikap berhati-hati membuat persiapan mengharungi aksi saingan liga tidak kira sama ada pasukan yang bakal dihadapi berada di kelompok bawah atau atas liga.

Setiap pasukan yang men3ntang JDT akan di dorong oleh semangat mahu tewaskan kami. Oleh itu kami tidak boleh bersikap sambil lewa apabila beraksi di padang tak kira lawan itu berada di posisi bawan liga ata kelompok teratas.

“Saya tahu Nafuzi (Zain) melaksanakan tugas dengan baik selaku jurulatih selepas membentuk barisan pemain muda yang terserlah ketika dalam permainan. Mereka ada kelebihan dan kami juga ada kelebihan. Apa yang kita lihat nanti ia bakal aksi berintensiti tinggi,” katanya.

Yang pasti, skuad JDT akan mempertaruhkan Bergson Da Silva selain pemain tengah, Leandro Velazquez serta ada Afiq Fazail atau Nazmi Faiz Mansor bagi aksi ini. Safawi Rasid juga hampir pasti kembali memperkuat sayap kanan yang diisi Arif Aiman Hanafi sebelumnya.