Perak ‘terciduk’ lagi

Tekanan semakin dirasai Perak apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas 2-1 kepada Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Skuad Bos Gaurus yang tumpas 0-1 kepada Melaka United dalam aksi terakhir minggu lalu kini gagal mencari kemenangan selepas empat perlawanan.

Kekalahan terbaru meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot, sekali gus memberi tekanan buat jurulatihnya, Chong Yee Fatt.

Permainan agak seimbang pada 15 minit pertama, namun tiada percubaan bahaya dilakukan kedua-dua pasukan walaupun Sabah beberapa kali mencemaskan kubu pelawat.

Bagaimanapun pada minit ke-26, Perak mengejutkan penyokong tuan rumah dengan mel3dak gol pembukaan menerusi s3pakan bebas Nazirul Naim Che Hashim.

Tersentak dengan jaringan itu, Sabah menggandakan s3rangan untuk membvru gol penyamaan namun s3rangan b@haya mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Pada minit ke-29, penjaga gol Perak Muhammad Hafizul Hakim cemerlang menvmbuk percubaan  Alto Linus dari jarak jauh.

Memasuki babak kedua, Perak bermula agr3sif di awal permainan dengan melancarkan dua percubaan awal.

Pada minit ke-46, kecuaian penjaga gol tuan rumah, Robson Rendy Rining hampir membuatkan pintu golnya sekali lagi bocor namun Careca yang berjaya menyambar hantaran Robson gagal menemui sas@ran yang diharapkan.

Begitupun gol yang dicari-cari Sabah akhirnya tiba pada minit ke-65 selepas Mohd. Amri Yahyah menyudahkan hantaran Alto.

Pemain gantian, Levy Madinda muncul wira Sabah apabila mel3dak gol kemenangan hasil sepakan bebas pada minit ke-79.

Kemenangan ketiga musim ini meletakkan Sabah di tangga kelapan liga menerusi 13 mata.