Perak Seri macam menang, Mora anggap tiada tuah

Kejayaan mengikat Johor Darul Takzim (JDT) 2-2 di laman sendiri memberi motivasi kepada pemain Perak FC untuk mempamer aksi lebih baik pada saingan Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatih Perak, Chong Yee Fatt berkata, ia selepas motivasi barisan pemainnya menurun berikutan tewas dua perlawanan berturut-turut.

Saya bangga dengan prestasi pemain apabila menonjolkan keinginan tinggi untuk menang walaupun kami tewas dua perlawanan sebelum ini.

“Meraih satu mata untuk perlawanan ini sudah cukup baik untuk meningkatkan motivasi setiap pemain,” katanya.

Pada aksi semalam, Guilherme de Paula berjaya menamatkan kemarau gol dalam empat perlawanan sebelum ini sekali gus menutup mulut pengkr!tik mengenai prestasi pemain nauralisasi negara itu.

Yee Fatt berkata, beliau sentiasa meletakkan kepercayaan kepada De Paula sejak awal musim lagi.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora pula menyifatkan tiada tuah sebagai penyebab barisan pemainnya gagal meraih tiga mata penuh.

“Saya tidak gembira dengan prestasi buruk khususnya pada separuh masa pertama,” katanya.