Penalti selamatkan JDT daripada dimalukan Perak

Perak gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri untuk mengatasi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila seri 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Permulaan tempo separuh masa pertama yang agak perlahan menyaksikan kedua-dua pasukan bersifat berhati-hati dalam merencanakan s3rangan.

Jaringan pertama Perak berjaya terhasil menerusi Guilherme de Paula yang menyumbat pasukan hantaran Izzudin Roslan menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

JDT mengasak mencari jaringan penyamaan namun separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Usaha skuad kendalian Benjamin Mora mendapatkan jaringan membuka peluang buat Perak melakukan s3rangan apabila De Paula sekali lagi menemui ruang untuk melepaskan r3mbatan daripada luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Akhyar Rashid mencetus inspirasi JDT untuk mengejar permainan apabila mengurangkan defisit jaringna pada minit ke-74 sebelum Leandro berjaya mengikat jaringan dalam masa kec3deraan menerusi sepakan penalti.

Keputusan lain:

SABAH 2 TERENGGANU 1

PJ CITY 1 SRI PAHANG 0