Penalti JDT Tidak Sah

Perlawanan Liga Super Malaysia LS4 diantara JDT bertemu Selangor semalam telah menarik ramai peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikannya.

Berakhir dengan keputusan seri 1-1 dimana kedua-dua gol dijaringkan dalam 15 minit pertama permainan, JDT terlepas 2 peluang keemasan untuk mencatatkan kemenangan apabila sepakan penalti Cabrera dan Bergson gagal menerjah jaring.

Tiada sebarang bantahan mengenai kedua-kedua penalti yang diberikan kerana ia jelas, tetapi sepakan penalti ke-2 oleh Bergson itu mungkin memerlukan penelitian dari pihak yang pakar.

Ketika Bergson hendak men3ndang bola, kedudukan kedua belah kaki penjaga gol Selangor iaitu Khairulazhan dilihat telah ‘keluar’ dari garisan gol.

Mengikut peraturan Laws of the Game (LOTG), sekurang-kurangnya kedudukan sebelah kaki penjaga gol perlu berada diatas garisan gol ketika sepakan penalti diambil pihak lawan.

Disini tiada sebarang ‘argument’ keatas pemain kedua-dua pasukan tetapi lebih terarah kepada penjaga garisan yang mungkin memiliki ‘view’ yang lebih jelas.

Berdasarkan ulang tayang televisyen, kelihatan kedua-dua kaki Khairulazhan tidak menyentuh garisan gol. Pengulas perlawanan Syed Adney yang juga bekas penjaga gol kebangsaan turut menyatakan perkara yang sama pada ketika itu.

Kita perlu faham bahawa apa pun yang berlaku selepas perlawanan tidak akan mengubah keputusan seri itu, tetapi lebih bersifat pembelajaran untuk kita perhatikan dalam perlawanan bola sepak.