Penalti Jadi kelebihan TFC

Sepakan penalti dan masa tambahan menjadi fokus barisan jurulatih Terengganu FC (TFC) selain masa permainan sebenar 90 minit sebagai persiapan menjelang pertemuan dengan pasukan Petaling Jaya (PJ) City pada aksi pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam esok.

Ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain menjelaskan situasi itu boleh berlaku sekiranya aksi sebenar berkesudahan dengan seri kerana perlawanan dilangsungkan secara kalah mat!.

Nafuzi yang mengidam untuk mengulangi pencapaian mara ke pentas final pada 2018 ketika bersama Mohamad Nik menjadi pembantu jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim turut menggesa anak buahnya menjadikan perlawanan bertemu skuad The Pheonix itu bagaikan pentas final.

Beliau yang kini dibantu Subri Sulong dan Rosdi Talib mengemudi skuad Penyu turut menuntut pemainnya tidak melakukan sebarang kesilapan selain perlu berwaspada sepanjang perlawanan bagi mengelak dia!bkan di laman sendiri.

Kita sudah ingatkan pemain perlu bersedia daripada segi masa tambahan dan juga sepakan penalti, oleh itu kami kini turut memberi fokus dalam latihan berkaitan situasi itu sebagai persiapan bagaikan perlawanan akhir.

Mengenai cuaca kini yang kini tidak menentu, ia tidak menghadapi masalah yang besar kepada kita, lagipun kita sudah biasa mengadakan latihan dalam keadaan hvjan.

Tapi saya ingatkan pemain perlu tenang dan beraksi bersungguh-sungguh, lagipun atas kertas kelebihan sedikit memihak kepada TFC kerana beraksi di laman sendiri, namun bola sepak 100 peratus di atas padang, jadi 90 minit perlawanan bakal menjadi penentu pasukan mana yang berjaya menempah slot ke suku akhir, katanya yang secara peribadi mensasarkan ke final sekali gus muncul juara.

Ketika ditanya pilihannya di bahagian pertahanan dan penjaga gol, Nafuzi mengakui semua pemain kini bersaing hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Di posisi pertahanan kita ada dua pilihan pemain import iaitu pemain Terengganu FC II (TFC II), Argzim Redzovic dan Babacar Diallo yang sudah pulih daripada kec3deraan, jadi kita lihat siapa yang c3rgas 100 peratus selain berada pada tahap prestasi terbaik, begitu juga dengan penjaga gol kerana mereka kini bersaing hebat, katanya.

Sementara itu kapten, Lee Tuck meletakkan harapan tinggi rakan sepasukannya mampu memperagakan aksi terbaik kerana sebarang kealpaan bakal berdepan masalah kerana lawan sudah pasti mahu membalas d3ndam kekalahan pada aksi Liga Super musim ini selepas tewas 2-0.

Namun kami yakin mampu menundukkan lawan berdasarkan prestasi semasa dan tiga perlawanan terakhir liga, jadi untuk aksi pada esok rakan sepasukan harus kekal fokus dan bermain bermat!-mat!an selain elak lakukan kesilapan kerana ini peluang terbaik untuk mara ke suku akhir, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *