Pemain Pahang Buat Hal

KUANTAN: Perasaan k3cewa tidak dapat disembunyikan Dollah Salleh selepas Pahang terikat 3-3 ketika berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Pahang selesa mendahului Perak 3-0 sebelum lawan bangkit menyamakan kedudukan 3-3.

Bagi saya, punca keputusan seri lebih kepada kegagalan lima pemain gantian mengikut rentak permainan hingga Perak menjaringkan tiga gol.

Kita bermain baik pada separuh masa pertama tetapi sebaik babak kedua, permainan menjadi kucar-kacir hingga membenarkan lawan mendapat jaringan.

Tapi saya terima hakikat bahawa dalam bola sepakan segalanya boleh berlaku dan akur sekadar mengutip satu mata, kata Dollah.

Selepas mendahului tiga gol, Dollah mengeluarkan Ivan Carlos, Mohd Faisal Abdul Halim, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, Ashar Al Aafiz Abdullah dan R Dinesh.

Mereka digantikan Dickson Nwakaeme, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra, Bunyamin Umar, S Kumaahran dan Muhd Nur Izzat Che Awang di babak kedua.

Namun, kegagalan lima pemain itu dalam mengimbangi perlawanan menyebabkan Perak mengambil peluang dan pulang dengan satu mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *