Pasukan Misteri Dah Lamar

Bekas ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris dijangka bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan apabila beliau dikatakan bakal membimbing sebuah pasukan Liga Perdana.

Pengendali berpengalaman berusia 62 tahun itu sudah dirisik pasukan berkenaan dan kini dikatakan dalam proses akhir untuk bersama pasukan terbabit.

Memang ada perbincangan dengan pihak pengurusan sebuah pasukan (Liga Perdana) tapi saya tak boleh dedahkan lagi kerana setakat ini belum ada hitam putih.

Jika sudah ada pelantikan rasmi, baru boleh saya maklumkan. Setakat ini saya belum boleh umumkan lagi nama pasukan itu. Apa pun, insya-Allah saya akan berada dalam kancah liga musim baharu ini nanti, katanya, hari ini.

Mat Zan dilantik selaku ketua jurulatih Negeri Sembilan bagi musim 2019, namun beliau berdepan tugas menc@bar apabila direhatkan bermula akhir Julai 2019 susulan prestasi pasukan yang kurang baik.

Berbanding sebelum itu, pengendali kelahiran Rembau itu pernah membantu Kuala Lumpur muncul juara Piala FA pada 1999 dan Terengganu selaku juara Piala Malaysia pada 2001.