Pahang Intai Dua Import Baharu

Pahang masih meneliti beberapa pemain import untuk diserap dalam skuad itu dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, ini kerana skuad Pahang itu mahu memastikan dua kuota pemain import yang belum diisi itu benar-benar berkualiti.

Bukan sahaja berkualiti, malah memiliki keperibadian yang tinggi terutama disiplin dan dapat bergandingan baik bersama semua pemain.

Saya tidak mahu pemain import hanya ‘popular’ tetapi apabila menyarung jersi Pahang, mereka tidak dapat mempamerkan prestasi yang diinginkan pasukan.

“Sebab itu kami masih lagi meneliti beberapa pemain import dari Asia dan Asia Tenggara terutama memperkuatkan jent3ra s3rangan dan pertahanan,katanya.

Setakat ini, skuad Pahang sudah memiliki tiga pemain import, termasuk dua pemain baharu iaitu Sergio Aguero dan Lee Tuck yang beraksi di posisi s3rangan dan tengah.

Selain itu, pemain pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon yang dikekalkan sejak menyarung jersi Pahang pada 2018.

Antara pemain Asia yang menjadi tumpuan ialah dari Korea Selatan, Australia, Palestin, Lubnan dan Jepun manakala dari Asia Tenggara pula antaranya dari Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Difahamkan, Pahang lebih berminat untuk mendapatkan striker yang akan bergandingan dengan Aguero manakala seorang lagi di bahagian pertahanan.