Ong Kim Swee Akan Kembali

Menjelang tarikh akhir penamatan kontrak Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter de Roo, hujung bulan ini, bekas ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, kini sedang h@ngat diperkatakan sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, enggan memberikan sebarang pengesahan tetapi tidak menolak khidmat Kim Swee, yang kini bertindak sebagai penolong De Roo, akan terus berada dalam program pembangunan badan induk itu.

Ia satu sp3kulasi yang akan saya umumkan bulan ini tetapi perbincangan terakhir untuk penggantian itu akan dilaksanakan secepat mungkin -dalam seminggu dua ini., kata Stuart kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

Sp3kulasi berkenaan Kim Swee akan menggantikan tempat Dee Roo diperkuatkan lagi apabila bekas pengendali skuad negara itu turut kelihatan berada dalam mesyuarat khas badan induk itu di Wisma FAM semalam.