Nama Safawi Turut Ada Dalam Senarai

Pemain sayap negara, Safawi Rasid tersenarai sebagai salah satu calon bagi anugerah Pemain Muda Terbaik Asia tahun 2020 yang dikelola oleh Konfederasi Bola Sepak Asia(AFC).

Perkara ini diumumkan oleh AFC menerusi laman media sosial rasmi badan tersebut pada hari ini dimana selain Safawi, 19 lagi pemain yang berusia bawah 23 tahun turut tersenarai.

Tahun 2020 merupakan tahun terbaik bagi Safawi dimana beliau membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi saingan Liga Super untuk kali ketujuh berturut-turut selain dapat beraksi bersama kelab Portugal, Portimonense SC.

Meskipun hanya beraksi selama tiga bulan sebelum kembali ke pangkuan JDT, namun Safawi memperoleh ilmu selain pendedahan dengan beraksi di liga bola sepak Eropah.

Antara 19 pemain yang tercalon bagi anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 ialah striker Valencia, Lee Kang-in, pemain pertahanan Bologna, Takehiro Tomiyasu, bintang muda Real Madrid, Takefusa Kubo dan pemain skuad B-23 tahun Thailand, Jaroensak Wonngorn.

Anda boleh membuat undian bagi memilih pemain muda terbaik Asia tahun 2020 di sini.