Malaysia mula rasa ‘cuak’

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengakui persiapan skuad Malaysia bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun depan terjejas berikutan penvlaran w@bak pandemik C0VID-19.

Setelah mengharungi 5 perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata dan masih berpeluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023 serta pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.

Sudah setahun mereka tidak berkumpul dan berlatih bersama. Kali terakhir skuad Malaysia beraksi adalah pada bulan November 2019 dan berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand dan 2-0 ketika men3ntang Indonesia.

Situasi itu menimbulkan rasa b!mbang Tan Cheng Hoe terhadap prestasi semasa pemain yang berehat terlalu lama ketika pasukan lain sudah membuat persiapan rapi dan tetap menjalani latihan sejak bulan lalu.

Saya bimbang pasukan lain telah membuat persiapan yang baik, terutama UAE. Mereka baru saja melantik jurulatih baru (Jorge Luis Pinto), dan mempunyai kem latihan yang rapi dengan tiga atau empat perlawanan persahabatan.

Bahkan Thailand telah memulakan latihan mereka dengan perlawanan men3ntang kelab-kelab tempatan, dan mereka mengadakan perlawanan All-Star. Pasukan kebangsaan Vietnam juga telah mula berlatih dengan pemain terbaik mereka.

Sekiranya pemain kita tidak bermain atau berlatih bersama, sangat sukar bagi mereka untuk berganding sebagai satu pasukan dan memahami corak permainan masing-masing, katanya dipetik dalam New Straits Times.

Tahun ini, sepatutnya kem latihan pusat diadakan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia pada 22 November 2020. Namun ia tidak berlaku setelah MFL membuat keputusan untuk membatalkan pertandingan Piala Malaysia kerana tidak dapat kelulusan daripada kerajaan.

Ditambah pula dengan polisi kerajaan yang tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sekaligus menyukarkan FAM untuk mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *