Malaysia Bakal Terlepas Isaac Angking

Skuad kebangsaan bakal berputih mata apabila mungkin terlepas khidmat pemain berd@rah campuran, Isaac Angking selepas pemain tengah itu menyahut panggilan skuad kebangsaan Puerto Rico.

Perkembangan itu dapat disaksikan selepas akaun rasmi skuad kebangsaan Puerto Rico memuatnaik gambar pemain terbabit sedang menjalani latihan sebagai persiapan untuk mengharungi dua aksi persahabatan men3ntang Republik Dominika dan Guatemala.

Dua aksi persahabatan terbabit adalah sebagai persiapan sebelum mereka mengharungi kelayakan Piala Dunia Zon CONCACAF, Mac ini.

Bagaimanapun, sedikit kelegaan memandangkan dia masih lagi boleh beraksi buat Malaysia sekiranya dipanggil pada masa akan datang memandangkan perlawanan ini hanyalah aksi persahabatan dan bukanlah perlawanan rasmi.

Sebagai rekod, pemain terbabit mempunyai pertalian d@rah dengan Malaysia kerana ibunya berasal dari Sarawak sekali gus layak beraksi bersama skuad negara sekalipun dia lahir di Rhode Island, Amerika Syarikat.

Sebelum menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Puerto Rico, pemain itu pernah beraksi bersama skuad Bawah 17 tahun (B-17) dan Bawah 20 tahun (B-20) Amerika Syarikat.

Selepas kontraknya disambung New England Revolution, pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Malaysia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pemain muda itu.

Bagaimanapun, harapan penyokong JDT untuk melihat pemain itu menyarung jersi skuad Har!mau Selatan pada musim 2021 kemungkinan tidak menjadi kenyataan apabila tiada perbincangan secara serius dilakukan kedua-dua pihak.

Ejennya, Nicco Roffo pada awal bulan lalu mengesahkan bahawa tiada tawaran rasmi diterima daripada juara Liga Super tujuh kali itu untuk mengambil pemain berkenaan pada musim ini.