Adakah benar Kobe ada kaitan dengan Malaysia

Beribu batu jauh daripada negara asal iaitu Malaysia namun di sudut hati sebenarnya tetap memasang impian mahu berbakti dan bermain bersama negara tercinta satu hari nanti.

Impian itu saya tanam sejak berkecimpung dalam bola sepak sejak kecil lagi kerana Malaysia sering digambarkan sebagai negara yang cukup indah dan rakyatnya hidup berbilang kaum serta saling menghormati.

Sejak kecil ibu dan ayah sering mengingatkan saya mengenai asal usul termasuk menceritakan mengenai Malaysia dan satu masa nanti perlu pulang ke tanah air untuk berbakti terutama dalam sukan bola sepak.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai sejarah latar belakang dan kaitan saya dengan Malaysia dan adakah benar berasal dari negara itu.

Untuk pengetahuan semua, nenek saya berasal dari Malaysia, manakala datuk pula adalah Jamaica dan kini mereka berada di tanah air.

Keluarga ayah berketurunan Asia manakala ibu pula adalah Jamaica dan kami menetap di England menjalani kehidupan di negara ini.

Pada peringkat awal pembabitan dalam bola sepak adalah menyertai pasukan West Bromwich Albion pada musim 2010/12 sebelum bersama WBA selama dua musim dan membarisi skuad Kidderminster Harriers selama dua musim iaitu dari musim 2014 sehinggalah 2016.

Pada penghujung 2016, saya memutuskan untuk berpindah ke Itali dan menyertai pasukan Cagliari Bawah 17 Tahun.

Pada September 2017, ketika berusia 16 tahun, pengurus Cagliari B-17, Martino Mellis memberikan peluang kepada saya untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan. Terkini, saya beraksi dengan bersama Sutton Coldfield Town iaitu di Liga selatan England dan gembira berada di kelab terbabit.

Walaupun usia masih muda, saya tidak keberatan untuk pulang ke Malaysia untuk menimba pengalaman dan merasai sendiri suasana bola sepak di negara asal.Semoga akan bertemu nanti