Luqman Malu – Malu Kucing

Ketua jurulatih pasukan B-19 negara, Brad Maloney, menyifatkan kelibat Luqman Hakim Shamsudin yang membuat penampilan sulung bersama KV Kortrijk sebagai langkah pertama yang menarik. 

Luqman Hakim dimasukkan sebagai gantian dan membantu skuad  Yves Vanderhaeghe itu meraih gol saguhati ketika tumpas 1-3 kepada RSC Anderlecht, kelmarin.

Striker skuad B-19 negara itu berpeluang menyerlahkan potensinya selepas mula mencipta impak bersama skuad remaja sebelum terpilih untuk menampung masalah kec3deraan skuad berkenaan.

Dia memberi sumbangan yang sangat baik di tahap perlawanan tinggi seperti itu.

Dia memang patut berasa gembira, ia mengagumkan.

Biasalah kalau dia berasa gemuruh, lagipun dia masih muda, dia memerlukan masa dan akan semakin matang.

Dia pasti bakal bertambah baik, katanya ketika ditemui di Wisma FAM oleh wakil Astro Arena, Syakirah Zulkifly, hari ini.

Pengendali kelahiran Australia itu juga merancang untuk memanggil sesi latihan pusat sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang tamat 9 November depan.

Masa semakin suntuk buatnya merencana pasukan ampuh untuk menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan yang ditunda dan dijangka akan diadakan awal 2021.

Kejohanan itu dianggap misi penting kerana menawarkan tiket ke Piala Dunia B-20.

Sebenarnya saya sudah mahu memulakan persiapan tetapi berdepan kekangan keadaan semasa akibat C0VID-19.

Saya harap dapat memanggil mereka untuk menjalani latihan pusat secepat mungkin.

Saya mahu memantapkan persiapan kami di samping tonggak utama, lebih-lebih sudah sekian lama mereka tidak berkumpul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *